AI untuk cikgu Malaysia
Satu ruang kerja untuk RPH, kehadiran, PBD, mesyuarat dan balasan ibu bapa. Semuanya ikut format sekolah anda, supaya cikgu ada lebih masa untuk mengajar.
வணக்கம் திருமதி கவிதா. நாளைய மதிப்பீட்டிற்கு அர்ஜுன்…
Agenda: keputusan UASA, bengkel PBD, kewangan panitia
Minit: draf sedia untuk disemakSetiap borang minta maklumat yang sekolah sudah ada. Helai sediakan drafnya; cikgu hanya semak.
Daripada RPH hingga PAJSK, minit hingga slip keputusan. Helai terus berkembang mengikut maklum balas cikgu.
Beginilah kerja cikgu dengan Helai, daripada borang kosong hingga fail Word.
Pilih subjek, kelas dan tajuk.
2.1.1 Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara dan sebaliknya.
Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat: Aras Rendah: menulis tiga pasangan pecahan setara bagi pecahan yang diberi. Aras Tinggi: menerangkan mengapa dua pecahan adalah setara dengan menggunakan kaedah pendaraban dan pembahagian.
1. Set Induksi (5 minit): Guru menunjukkan dua keping coklat yang sama saiz. Satu keping dibahagikan kepada dua bahagian dan satu bahagian diberikan kepada seorang murid. Keping kedua dibahagikan kepada empat bahagian dan dua bahagian diberikan kepada murid lain. Guru bertanya soalan, "Adakah kedua-dua murid mendapat jumlah coklat yang sama?" 2. Aktiviti Utama: a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi beberapa helai kertas bulatan. Mereka diarahkan untuk melipat setiap bulatan kepada bahagian yang sama banyak dan mewakilkan pecahan tertentu. b. Murid meneroka dan mencari pecahan setara bagi 1/2, 1/3 dan 3/4 dengan melipat kertas. Mereka melukis dan melabelkan hasil kerja mereka. c. Guru membimbing perbincangan tentang hubungan antara pecahan setara. Murid diminta menerangkan peraturan untuk mendapatkan pecahan setara, iaitu mendarab atau membahagikan pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. 3. Penutup (5 minit): Wakil kumpulan membentangkan hasil penemuan mereka. Guru membuat rumusan tentang konsep pecahan setara.
Kertas bulatan, gunting, kad pecahan, papan putih, pen marker.
Pemerhatian guru semasa perbincangan kumpulan, hasil kerja murid melalui aktiviti melipat kertas.

Pilih subjek. Setiap draf di sebelah dihasilkan oleh Helai sendiri, tanpa suntingan.
Pilih subjek
Contoh sebenar dijana Helai, dipercepatkan untuk paparan. Bahagian bertanda kuning diisi oleh cikgu.
2.1.1 Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara dan sebaliknya.
Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat: Aras Rendah: menulis tiga pasangan pecahan setara bagi pecahan yang diberi. Aras Tinggi: menerangkan mengapa dua pecahan adalah setara dengan menggunakan kaedah pendaraban dan pembahagian.
1. Set Induksi (5 minit): Guru menunjukkan dua keping coklat yang sama saiz. Satu keping dibahagikan kepada dua bahagian dan satu bahagian diberikan kepada seorang murid. Keping kedua dibahagikan kepada empat bahagian dan dua bahagian diberikan kepada murid lain. Guru bertanya soalan, "Adakah kedua-dua murid mendapat jumlah coklat yang sama?" 2. Aktiviti Utama: a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi beberapa helai kertas bulatan. Mereka diarahkan untuk melipat setiap bulatan kepada bahagian yang sama banyak dan mewakilkan pecahan tertentu. b. Murid meneroka dan mencari pecahan setara bagi 1/2, 1/3 dan 3/4 dengan melipat kertas. Mereka melukis dan melabelkan hasil kerja mereka. c. Guru membimbing perbincangan tentang hubungan antara pecahan setara. Murid diminta menerangkan peraturan untuk mendapatkan pecahan setara, iaitu mendarab atau membahagikan pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. 3. Penutup (5 minit): Wakil kumpulan membentangkan hasil penemuan mereka. Guru membuat rumusan tentang konsep pecahan setara.
Kertas bulatan, gunting, kad pecahan, papan putih, pen marker.
Pemerhatian guru semasa perbincangan kumpulan, hasil kerja murid melalui aktiviti melipat kertas.
Draf ikut templat sekolah, dalam bahasa subjek anda.
Tanda kehadiran sekali ketik. Cadangan TP dengan sebab; cikgu yang putuskan.
Satu senarai kerja pagi ini, disusun daripada jadual dan tugasan anda.
Tampal mesej ibu bapa ke dalam Helai dan pilih bahasa. Helai sediakan draf yang sopan, WhatsApp dibuka dengan teks sedia (terus ke chat ibu bapa jika nombor diisi), dan cikgu yang tekan hantar.
Mesej ibu bapa
Bahasa balasan
Draf balasan DRAF AI
Untuk mencuba
Untuk guru yang guna setiap minggu
Untuk panitia, unit atau seluruh sekolah
Harga ikut bilangan guru. Murid tidak dikira.
1 draf ialah satu dokumen yang dijana, contohnya satu RPH atau satu minit. Semua pelan dilindungi PDPA, dengan eksport Word dan cetakan.
Percuma untuk mula: 5 draf AI sehari dengan alat asas. Akaun Individu RM19 sebulan atau RM199 setahun. Seluruh sekolah dari RM119 hingga RM899 sebulan ikut bilangan guru; kira harga sekolah anda di bahagian Harga, atau WhatsApp kami di 012-6769195.
Setiap sekolah berada di sebalik dinding capaian sendiri, dan ujian dinding antara sekolah dijalankan sebelum setiap keluaran. Nota kaunseling hanya boleh dibaca kaunselor. Kami mematuhi PDPA, dan penjanaan AI menggunakan ILMU, model AI Malaysia.
Tidak. Helai bekerja bersama sistem rasmi: guru tetap memasukkan data rasmi seperti biasa. Apa yang Helai buang ialah kerja menaip semula benda yang sama di banyak tempat.
Semua hasil AI kekal draf berlabel DRAF AI sehingga cikgu menyemak dan mengesahkannya. Helai tidak mereka maklumat yang ia tidak tahu: bahagian seperti tarikh dan muka surat buku teks ditanda untuk cikgu isi.
Bahasa Melayu, English dan Tamil. Dokumen ikut bahasa subjek: RPH Bahasa Tamil dijana dalam skrip Tamil penuh, dan eksport Word menggunakan fon yang betul.
Seorang guru boleh daftar sendiri dengan e-mel dan terus jana dokumen pertama. Untuk seluruh sekolah, WhatsApp kami di 012-6769195 dan kami sediakan akaun sekolah anda daripada Buku Pengurusan sekolah.

Kenapa Helai wujud
Kedua-dua ibu bapa saya guru. Sejak kecil saya lihat berapa banyak masa mereka habiskan pada kerja kertas: borang, fail dan laporan, masa yang sepatutnya untuk murid dan keluarga.
Saya bina Helai dengan satu misi: kurangkan beban kerja kertas guru supaya cikgu boleh fokus kepada mengajar, dan bina persekitaran kerja yang lebih baik untuk kebajikan guru di Malaysia. Helai terus diperbaiki mengikut maklum balas cikgu.
NavaPengasas Helai
Percuma untuk mula. Tiada pemasangan. Daftar dengan e-mel.